GAZA: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengulangi pendiriannya untuk terus menyerang Semenanjung Gaza ‘selagi ada keperluan untuk berbuat demikian’.
Katanya, sikap pergerakan Hamas yang sehingga kini tidak mahu bertolak ansur dan terus melancarkan serangan menyebabkan pihaknya tidak mempunyai pilihan dan terus menyerang kubu pergerakan tersebut.
Terbaharu, serangan udara tentera Zionis menyebabkan sebuah bangunan yang menempatkan organisasi media runtuh menyembah bumi di Gaza City.
Sehingga kini, jumlah penduduk Palestin yang terkorban meningkat kepada 145 orang termasuk 41 kanak-kanak dan lebih 950 cedera.
Sementara itu, tunjuk perasaan terus berlaku di Tebing Barat dengan lebih ramai penduduk Palestin bertempur dengan pasukan tentera Israel. – AGENSI