Ireland: 10 ditahan selepas dadah bernilai RM10.1 juta dirampas - Utusan Malaysia

Ireland: 10 ditahan selepas dadah bernilai RM10.1 juta dirampas

DADAH yang dirampas dalam operasi tersebut. - PEJABAT MEDIA GARDA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBLIN: Sebanyak 10 orang ditahan selepas polis di Ireland berjaya merampas dadah bernilai kira-kira dua juta euro (RM10.1 juta).

Lapor BBC, dadah Kelas B itu dirampas dalam satu operasi serbuan di sebuah premis dan kereta di County Meath.

Pegawai menemui dadah jenis ganja herba seberat 67.5 kilogram (kg) yang dipercayai bernilai 1.35 juta euro (RM6.8 juta).

Serbuan itu dilakukan sebagai sebahagian daripada operasi menyasarkan jenayah terancang.

Dua lelaki dalam lingkungan usia 30an ditahan.

Dalam satu operasi berasingan, polis melakukan serbuan di beberapa premis di bandar Limerick.

Polis berjaya merampas dadah bernilai kira-kira 900,000 euro (RM4.5 juta) dan wang tunai sebanyak 45,000 euro (RM226,785).

Seorang wanita dan tujuh lelaki ditahan dan kini disoal siasat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya