Insurans kesihatan diwajibkan sebelum lakukan penerbangan - Utusan Malaysia

Insurans kesihatan diwajibkan sebelum lakukan penerbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Rakyat Arab Saudi perlu mendapatkan perlindungan insurans 24 jam sebelum melakukan penerbangan seperti disyorkan oleh Majlis Insurans kesihatan Koperasi (CCHI).

Lapor Arab News, insurans itu memberikan perlindungan selama 30 hari bermula dari tarikh pelepasan dan pihak syarikat akan menanggung sebarang kos serta penjagaan kesihatan yang diperlukan sekiranya dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun, insurans itu tidak menanggung kos kuarantin wajib di negara yang dilawati.

CCHI dan pihak berkuasa memberikan perlindungan tambahan kepada penduduk Arab Saudi yang melakukan perjalanan ke luar negara.

Arab Saudi merekodkan kes baharu 1,142 pada Sabtu menjadikan jumlah keseluruhan kes pandemik Covid-19 sebanyak 439,847 kes.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya