NEW DELHI: Jumlah kes Covid-19 di India sudah melepasi 20 juta ketika pandemik itu terus melumpuhkan kebanyakan hospital di negara tersebut.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan, India merekodkan sebanyak 357,229 kes baharu dalam tempoh 24 jam lalu.
Jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 20.3 juta.
India juga mencatatkan pertambahan sebanyak 3,449 kes kematian sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kepada 222,408.
Ramai pakar mengesyaki jumlah sebenar kes Covid-19 adalah jauh lebih tinggi. – AFP