GUJARAT: Sekurang-kurangnya 18 pesakit Covid-19 maut dalam kebakaran yang berlaku di hospital kebajikan Bharuch di sini pada awal pagi ini (Sabtu).
Kebanyakan pesakit maut disebabkan terbakar dan juga lemas akibat asap, kata Superintendan Polis Bharuch, Rajendrasinh Chudasama seperti yang dipetik dari India Today.
Sebanyak 70 pesakit dimasukkan ke hospital empat tingkat itu, 24 daripadanya berada di unit rawatan rapi.
Semua mangsa yang terselamat, diselamatkan oleh penduduk tempatan dan pasukan bomba, dan kini mereka telah dipindahkan ke hospital berdekatan.
Kebakaran itu dapat dikawal dalam masa satu jam, namun puncanya masih belum dapat dipastikan.
Hospital khas Covid-19 itu terletak di lebuh raya Bharuch-Jambusar, kira-kira 190 km dari ibu negara Ahmedabad. Ia dikendalikan oleh pertubuhan sukarela.