HANOI: Bandar raya Ho Chi Minh akan memulakan kawalan pergerakan selama 15 hari bermula esok sebagai usaha mengawal jangkitan Covid-19 di negara ini.
Bandar raya ini merekodkan peningkatan kes jangkitan mendadak selepas kluster keagamaan dikesan dengan 125 kes.
Menerusi satu kenyataan, kerajaan Vietnam ini memaklumkan perhimpunan melebihi 10 orang dilarang, namun perjumpaan kurang dari lima orang dibenarkan.
Daerah Go Vap iaitu lokasi kluster keagamaan yang menyebabkan kes jangkitan Covid-19 meningkat akan dikawal ketat pihak berkuasa.
Selain itu, penduduk berusia 60 tahun ke atas digalakkan duduk di rumah bagi mengelak jangkitan.
Sementara itu, premis pernigaan, restoran dan beberapa sektor perkhidmatan di bandar raya ini mula ditutup hari ini. – REUTERS