TEL AVIV: Tentera Hamas melancarkan sejumlah roket terhadap hub ekonomi di Tel Aviv sebagai serangan balas selepas tentera Israel memusnahkan blok menara setinggi 12 tingkat di Gaza, ketika pertempuran antara kedua-dua pihak terus memuncak.
Ketegangan yang berlaku menyaksikan sekurang-kurangnya 30 penduduk Palestin terkorban di Semenanjung Gaza dan lebih 200 cedera.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh memberi amaran bahawa ‘jika Zionis terus mahu burukkan keadaan, kami sudah bersedia’.
Manakala, Menteri Pertahanan Israel, Benny Gantz pula menegaskan pertempuran yang berlaku ketika ini hanyalah ‘satu permulaan’
Dalam pada itu, wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Keamanan di Asia Barat, Tor Wennesland berkata, Israel dan Hamas bakal mencetuskan peperangan skala besar sekiranya pertempuran dan ketegangan tidak dihentikan segera. – AFP