Gunung berapi kedua meletus di Congo - Utusan Malaysia

Gunung berapi kedua meletus di Congo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONGO: Gunung berapi kedua meletus berdekatan bandar Goma di timur Congo, seminggu selepas Gunung Berapi Nyiragongo memuntahkan laharnya sehingga menyebabkan kehancuran di kawasan sekitar.

Jurucakap Kerajaan, Patrick Muyaya berkata, gunung berapi itu meletus berdekatan kawasan tidak berpenghuni di Virunga.

Virunga merupakan kawasan penempatan haiwan liar yang dilindungi terutamanya gorilla yang diancam kepupusan.

Murara adalah gunung berapi kecil yang dianggap sebagai kawah Nyamuragira.

Ia terletak kira-kira 25 kilometer ke utara Goma, ibu kota bagi wilayah Kivu utara.

Selasa lalu, Lebih 2,500 kediaman musnah akibat letusan gunung berapi Nyiragongo di bahagian timur Republik Demokratik Congo (DRC) pada minggu lalu. -AFP

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya