Gunung berapi di Congo meletus - Utusan Malaysia

Gunung berapi di Congo meletus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONGO: Ribuan orang terpaksa melarikan diri selepas Gunung Berapi Nyiragongo meletus di Republik Rakyat Congo.

Menurut koresponden AFP, walaupun letusan lava itu terhenti di pinggir timur bandar Goma, keadaan dilihat belum stabil.

Letusan gunung berapi itu juga hampir memasuki kawasan Lapangan Terbang Goma di tepi Tasik Kivu.

Letusan itu turut menyebabkan gegaran gempa bumi sejak awal pagi tadi.

“orang ramai mula kembali ke rumah mereka. Situasi ini nampak tenang buat masa ini tetapi orang ramai masih dalam ketakutan.

“Pihak berkuasa belum membuat sebarang pengumuman rasmi setakat ini,” katanya.

Ribuan orang terpaksa melarikan diri sejak waktu malam dan kelihatan banyak keluarga tidur di tepi jalan dengan dikelilingi barangan yang dibawa.

Langit pada waktu malam juga bertukar menjadi warna merah akibat api dan asap yang terhasil daripada letusan itu.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya