Gempa bumi 7.2 magnitud landa Nias Barat, Sumatera Utara - Utusan Malaysia

Gempa bumi 7.2 magnitud landa Nias Barat, Sumatera Utara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 7.2 magnitud melanda Nias Barat di Sumatera Utara, hari ini.

Bagaimanapun, gempa bumi itu tidak berpotensi menyebabkan tsunami.

Lapor CNN Indonesia, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan, gempa berlaku pada pukul 1.33 petang (waktu tempatan).

Jelas BMKG, pusat gempa tersebut dikesan kira-kira 141 kilometer (km) barat daya Nias Barat-Sumut pada kedalaman 19km.

Setakat ini, tiada butiran lanjut mengenai kerosakan akibat gempa bumi itu.

BMKG juga menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan gempa susulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya