TOKYO: Satu gempa bumi berukuran 6.8 magnitud melanda pantai timur laut Jepun pada hari ini.
Bagaimanapun, pihak berkuasa memaklumkan, tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Sekurang-kurangnya tiga orang mengalami kecederaan akibat gegaran tersebut.
Gempa bumi itu turut menyebabkan gegeran kuat dirasai di beberapa bahagian pantai timur dan di Tokyo.
Menurut media tempatan, setakat ini, tiada laporan kerosakan teruk membabitkan bencana itu.
Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (AS) memaklumkan gempa melanda pada kedalaman 47 kilometer (km) di Pasifik, di luar Ishinomaki di wilayah Miyagi. – AFP