JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.1 magnitud melanda Mentawai di Sumatera Barat, hari ini.
Bagaimanapun, Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofizik (BMKG) memaklumkan, gempa bumi itu tidak berisiko mencetuskan tsunami.
Lapor CNN Indonesia, BMKG menyatakan gempa berlaku pada pukul 3.44 pagi (waktu tempatan).
Jelas BMKG, pusat gempa tersebut dikesan kira-kira 55 kilometer (km) di barat laut Kepulauan Mentawai, pada kedalaman 17km.
Agensi itu juga menasihatkan orang ramai sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga dengan kemungkinan gempa susulan. – AGENSI