Gadis tersalah terima enam dos vaksin Pfizer - Utusan Malaysia

Gadis tersalah terima enam dos vaksin Pfizer

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Seorang gadis berusia 23 tahun secara tidak sengaja diberikan enam dos suntikan vaksin Covid-19 keluaran di sebuah hospital di Tuscany.

Wanita itu kini dalam pemantauan hospital dan keadaannya dilaporkan baik.

Kejadian itu berlaku ketika seorang jururawat secara tidak sengaja menyuntik sebotol penuh vaksin berkenaan yang bersamaan enam dos terhadap wanita berkenaan.

Insiden itu sudah pun dilaporkan kepada pihak berkuasa kesihatan Itali.

Penggunaan vaksin secara berlebihan sebelum ini pernah dilaporkan berlaku Amerika Syarikat (AS), Australia, Jerman dan Israel. – AFP

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya