JAKARTA: Seorang gadis yang dikenali sebagai Siti Arfah mengaku pernah mendengar suara asli kuntilanak sehingga mampu menirunya dengan baik.
Lapor Tribunnews, gadis berusia 17 tahun itu memuat naik video dirinya meniru suara tersebut di dalam TikTok sehingga meraih 1.5 juta tontonan.
Menerusi video itu, Arfah meniru suara seperti makhluk ghaib itu dengan ketawa sehingga membuatkan rakan disebelahnya terkejut.
Katanya, dia boleh meniru suara itu menerusi pengalaman misteri yang dilalui apabila mendengar suara kuntilanak pada tengah malam.
“Saya pernah dengar suara kuntilanak yang asli berdekatan kawasan rumah. Selain itu, gaya tertawa makhluk itu juga mendapat ilham daripada tontonan filem-filem seram,” katanya.
Dia malah mengaku pernah meremang bulu roma ketika meniru gaya suara itu.
Sebelum ini, Arfah sering memuat naik kandungan beatbox dengan diiringi lantunan selawat dalam media sosial sehingga mempunyai lebih 1,000 pelanggan kandungan di platform itu.