Gadis kecewa hanya seorang tetamu hadir majlis hari jadi - Utusan Malaysia

Gadis kecewa hanya seorang tetamu hadir majlis hari jadi

VIRAL video majlis hari jadi seorang gadis dalam TikTok apabila dipermainkan oleh kawan-kawannya sendiri. -MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang gadis kecewa apabila hanya seorang rakan yang menghadiri sambutan ulang tahun kelahiran di rumahnya.  

Lapor Tribunnews, Aca dipermainkan oleh kawan-kawannya sendiri sedangkan ibunya sudahnya bertungkus lumus menyediakan juadah makanan sebanyak 20 orang.  

Pada awalnya, kawan-kawannya sendiri yang meminta dirinya mengadakan acara makan-makan sempena hari jadinya. 

Namun, dia menolak kerana kesibukan sehingga mempertimbangkan semula dan menuruti hasrat mereka. 

Selepas semua makanan siap dimasak, tiba-tiba secara serentak kesemua rakannya memberikan alasan tidak dapat datang ke rumahnya. 

“Saya kasihankan emak saya yang sudah berpenat-penat memasak tetapi tidak dihargai. Malah, emak saya sudah menghabiskan sebanyak 350,000 rupiah (RM99) untuk menyediakan kuih muih, beras, lauk-pauk, makanan ringan dan minuman. 

“Dari pagi mereka kata hendak datang, tetapi selepas pukul 6, mereka maklumkan tidak dapat datang dan semua memberikan alasan yang sama iaitu ada acara lain dan tidak mempunyai motosikal,” luahnya.  

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya