EU kenakan sekatan baharu terhadap Belarus - Utusan Malaysia

EU kenakan sekatan baharu terhadap Belarus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS: Kesatuan Eropah (EU) memutuskan untuk melarang semua syarikat penerbangan Belarus daripada melalui ruang udara blok itu.

Tindakan itu berikutan pemerintahan Presiden Belarus, Alexander Lukashenko memaksa sebuah pesawat Ryanair dalam penerbangan dari Greece ke Lithuania mendarat di Minsk bagi menahan wartawan propembangkang.

Dalam mesyuarat diadakan di Brussels, seramai 27 negara anggota EU turut menggesa syarikat penerbangan di EU untuk tidak menggunakan ruang udara Belarus.

Kesemua pemimpin EU itu juga bersetuju melaksanakan sekatan ekonomi terhadap negara tersebut.

Stesen televsiyen Belarus melaporkan Roman Protasevich, 26, yang merupakan wartawan propembangkang ditahan selepas penerbangan FR4978 diarah berpatah balik dan mendarat di ibu negara itu, Minsk.

Tindakan itu menimbulkan kemarahan pemimpin dunia termasuk beberapa negara Barat menuduh pihak berkuasa Belarus merampas pesawat Ryanair tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya