Etidal dedah ancaman senjata nuklear - Utusan Malaysia

Etidal dedah ancaman senjata nuklear

PESERTA menghadiri mesyuarat di Pusat Global Membanteras Ideologi Ekstremis di Riyadh (Etidal). -ETIDAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Pusat Global Membanteras Ideologi Ekstremis di Riyadh (Etidal) memberi amaran mengenai ancaman kumpulan pengganas yang cuba mengganggu usaha kemanusiaan membendung penularan wabak Covid-19.

Lapor Arab News, kumpulan itu cuba menguji kemampuan mereka termasuk memiliki senjata pemusnah besar-besaran.

“Laporan Ancaman Terbesar: Ekstremisme dan Ancaman Nuklear mengkaji risiko yang ditimbulkan oleh organisasi pengganas melalui usaha mereka memperoleh senjata nukelar yang menjadi tumpuan kumpulan tersebut sejak beberapa dekad lalu.

“Kumpulan ektremis cuba mengeksploitasi situasi kemanusiaan global untuk menguji kemampuan mereka yang boleh membinasakan,” katanya.

Laporan itu meneliti cara-cara organisasi pengganas berusaha memperoleh senjata nuklear, peluang yang digunakan mengancam keamanan antarabangsa, cabaran terhadap keselamatan nuklear global serta kerangka kerja antarabangsa yang dibentuk bagi mencegah pelampau mendapatkan akses senjatra nuklear.

Pakar turut menganalisis percubaan kumpulan pengganas mencuri bahan nuklear, membeli di pasaran gelap atau mensabotaj kemudahan nukelar di pelbagai wilayah.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya