Empat terbunuh termasuk wartawan dalam serangan udara Israel - Utusan Malaysia

Empat terbunuh termasuk wartawan dalam serangan udara Israel

BEBERAPA penduduk Palestin mengusung mayat wartawan yang terbunuh dalam serangan udara Israel di utara Semenanjung Gaza. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GAZA CITY: Sekurang-kurangnya empat orang dilaporkan terbunuh dalam serangan udara dilancarkan pasukan tentera Israel di Gaza.

Lapor Al Jazeera, serangan udara itu turut memusnahkan tujuh kediaman termasuk sebuah pusat belia terletak di bandar Khan Younis dan bangunan pertubuhan amal di Rafah.

Media tempatan melaporkan empat penduduk Palestin yang terbunuh termasuk seorang wartawan di kawasan Radwan, barat Semenanjung Gaza.

Turut terkorban tiga sekeluarga selepas apartmen mereka musnah dalam serangan udara tentera Israel di Gaza.

Anggota keluarga al-Astal berkata, satu peluru berpandu dilancarkan ke arah bangunan apartmen mereka sebagai tanda amaran, kira-kira lima minit sebelum serangan udara bagi membenarkan semua penghuni melarikan diri. – AGENSI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya