Duta Indonesia di India maut akibat Covid-19 - Utusan Malaysia

Duta Indonesia di India maut akibat Covid-19

FERDY NICO YAHANNES PIAY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Duta Besar Indonesia ke India, Ferdy Nico Yohannes Piay dilaporkan meninggal dunia kelmarin.

Jurucakap Kementerian Luar Indonesia, Teuku Faizasyah mengesahkan perkara tersebut.

“Ferdy meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19,” katanya kepada Kompas.com.

Selain itu, Kedutaan Besar Indonesia di New Delhi turut menyampaikan berita tersebut menerusi Twitter.

“Kepemimpinan serta jasa yang Ferdy sumbangkan selama berkhidmat di India akan sentiasa dihargai dan tidak dilupakan,” menurut ciapan kedutaan.

Ferdy meninggal dunia pada usia 47 tahun dan beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Pengarah Asia Selatan dan Tengah di Kementerian Luar.

Beliau juga pernah dihantar berkhidmat ke Australia dan Belanda.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya