Dunia kecam Zionis - Utusan Malaysia

Dunia kecam Zionis

PENUNJUK perasaan Palestin membaling batu ke arah pasukan keselamatan Israel di Baitulmuqaddis. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Negara-negara kuasa besar seperti Emiriah Arab Bersatu (UAE), Jordan, Turki, Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan seluruh negara Arab bersatu mengutuk tindakan Israel untuk mengusir keluarga Palestin dari rumah mereka di Baitulmuqaddis. 

Menteri Luar Arab Saudi berkata, negara itu menolak rancangan Israel untuk melakukan pengusiran secara paksa dan mengguna pakai undang-undang Israel terhadap rakyat Palestin. 

UAE yang menjalin hubungan dengan Israel tahun lalu, turut mengecam keras pelan tidak berperikemanusiaan itu. 

Menteri Luarnya, Khalifa Al-Marar menggesa pihak berkuasa Israel supaya melaksanakan tanggungjawab selari undang-undang antarabangsa bagi memberikan perlindungan sepatutnya terhadap penduduk Palestin mengamalkan hak mereka untuk beragama serta mengelakkan tindakan yang boleh mencemarkan kesucian Masjid Al-Aqsa. 

Oman turut senada menolak polisi dan prosedur menghalau penduduk Palestin dari penempatan mereka di bandar tersebut. 

Negara itu malah mengulang pendirian tegas dalam menyokong hak yang sah menubuhkan negara Palestin yang merdeka di kawasan sempadan sejak 1967 dengan Baitulmuqaddis timur sebagai ibu kotanya. 

 

AS BERSUARA 

AS menggesa semua pihak mengelak sebarang tindakan yang boleh merosakkan perbincangan status akhir antara Israel dan Palestin. 

Resolusi 2334 Majlis Keselamatan PBB menganggap semua penempatan haram Israel adalah tidak sah.  

Sekurang-kurangnya 205 penduduk Palestin dan 17 anggota polis cedera dalam pertempuran di pekarangan Masjid Al-Aqsa ketika puluhan ribu jemaah menunaikan solat tarawih semasa Jumaat terakhir Ramadan. 

Polis Israel mengadakan sekatan jalan raya berhampiran kampung Abu Ghish di laluan lebuh raya utama ke Baitulmuqaddis bagi menahan muatan bas yang membawa penduduk Palestin daripada mengunjungi Al-Aqsa. 

Ketika ketegangan semakin memuncak sehingga menyebabkan berlaku pertengkaran, pihak polis melepaskan bom tangan. 

 

ISRAEL NEGARA PENGGANAS 

Dalam pada itu, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan mengecam Israel sebagai ‘negara pengganas yang kejam’ menerusi ucapannya di Ankara. 

“Israel adalah negara pengganas kejam yang menyerang penduduk Islam di Jerusalem. Sedangkan mereka hanya mempertahankan rumah milik mereka dan nilai-nilai suci dengan cara yang biadab. 

“Keganasan di Baitulmuqaddis itu merupakan serangan terhadap semua orang Islam. Oleh itu, melindungi kemuliaan Baitulmuqaddis adalah tanggungjawab setiap orang Islam,” tegasnya. 

Beliau malah menyeru semua negara supaya menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menghentikan segera penganiayaan tersebut. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya