Dua maut, lebih 20 cedera dalam insiden tembakan di Florida - Utusan Malaysia

Dua maut, lebih 20 cedera dalam insiden tembakan di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Sekurang-kurangnya dua orang maut dan lebih 20 lagi cedera dalam insiden tembakan yang berlaku di luar sebuah dewan konsert di Florida.

Lapor BBC, insiden itu berlaku antara 12 tengah malam hingga satu pagi (waktu tempatan) di Hialeah, sebuah bandar di utara Miami.

Pengarah Polis Miami, Alfredo Ramirez III berkata, tiga orang keluar daripada kereta dan mula melepaskan tembakan secara rambang ke arah orang ramai.

Kata polis, sekurang-kurangnya seorang mangsa cedera berada dalam keadaan kritikal.

Media tempatan melaporkan antara 20 hingga 25 mangsa telah dibawa ke hospital berhampiran.

Menurut laporan agensi berita AP, kejadian itu berlaku di luar dewan banquet El Mula yang disewakan untuk konsert tersebut.

Dilaporkan, suspek melarikan diri selepas insiden tembakan tersebut.

Setakat ini, tiada penahanan dibuat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya