Dos pertama AstraZeneca kurangkan 80 peratus risiko kematian - Utusan Malaysia

Dos pertama AstraZeneca kurangkan 80 peratus risiko kematian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Data daripada pemberian vaksin AstraZeneca menunjukkan satu dos suntikan vaksin itu mampu mengurangkan 80 peratus risiko kematian akibat Covid-19.  

Menurut Agensi Kesihatan Awam England (PHE), kajian terbaharu turut menunjukkan tahap perlindungan daripada kematian selepas penggunaan vaksin Pfizer-BioNTech juga semakin meningkat kira-kira 80 peratus pada suntikan pertama kepada 97 peratus bagi dua dos suntikan vaksin tersebut.

Jelas PHE, kajian yang dilakukan itu merupakan yang pertama mengenai perlindungan terhadap kematian daripada  vaksin AstraZeneca berdasarkan data sebenar.

Kajian itu juga meneliti kes simptomatik baharu Covid-19 antara Disember dan April serta penduduk yang meninggal dunia dalam tempoh 28 hari selepas disahkan positif.

Individu yang menerima dos pertama vaksin AstraZeneca memberi perlindungan daripada kematian sehingga 55 peratus, dengan 44 peratus perlindungan bagi dos pertama Pfizer berbanding golongan yang belum divaksin.

“Ia bersamaan kira-kira 80 peratus perlindungan daripada kematian bagi individu yang menerima suntikan pertama mana-mana vaksin,” katanya.

Jelas PHE, perlindungan terhadap kematian bagi vaksin Pfizer-BioNTech meningkat kepada 69 peratus untuk individu yang menerima suntikan kedua dalam tempoh seminggu sebelum disahkan positif Covid-19. 

“Angka tersebut adalah anggaran permulaan bagi perlindungan daripada dijangkiti Covid-19, ia bersamaan kira-kira 97 peratus perlindungan,” katanya.

Dalam satu kajian lain, PHE memaklumkan dua dos suntikan vaksin Pfizer-BioNTech mengurangkan 93 peratus risiko kemasukan hospital bagi golongan berusia 80 tahun ke atas. – REUTERS 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya