LONDON:Sejumlah dokumen dan barangan peribadi milik pakar fizik, mendiang Stephen Hawking sudah diserahkan kepada Universiti Cambridge dan kumpulan muzium United Kingdom (UK) untuk disimpan dan dipelihara.
Menerusi perjanjian antara Perpustaan Universiti Cambridge, Kumpulan Muzium Sains dan kerajaan UK, kesemua dokumen dan barangan milik Hawking akan disimpan untuk tatapan generasi akan datang.
Perjanjian bernilai 4.2 juta pound (RM24.6 juta) itu menyaksikan dokumen saintifik serta beberapa karya hasil kerja Hawking akan disimpan di Cambridge iaitu tempat beliau meninggal dunia pada 2018.
Beberapa objek termasuk kerusi roda, alat percakapan dan memorabilia peribadi beliau akan dipamerkan do Muzium Sains London.
Hawking meninggal dunia Mac 2018 pada usia 76 tahun. – AFP