Datuk bernikah kali keempat dengan janda muda - Utusan Malaysia

Datuk bernikah kali keempat dengan janda muda

JARAK umur pasangan ini adalah 48 tahun iaitu hampir separuh abad. -TRIBUNNEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SULAWESI: Seorang lelaki berpangkat datuk melamar seorang janda muda yang mempunyai seorang anak di Desa Waempubbu, Bone, Sulawesi Selatan.

Lapor Tribunnews, lelaki bernama Bandu itu berusia 73 tahun, manakala, isterinya, Imma, berumur 25 tahun.

Jarak umur mereka berdua adalah 48 tahun iaitu hampir separuh abad.

Dalam foto yang tular dalam media sosial, pengantin lelaki memakai kot hitam dengan songkok, manakala, pengantin perempuan memakai pakaian adat Bugis.

Bandu merupakan seorang duda dan pernah bernikah sebanyak empat kali sebelum ini.

Perkahwinannya sebelum ini tidak berjaya dan diakhiri dengan penceraian.

Lelaki itu berasal dari Desa Laponrong dan bekerja sebagai petani jagung.

Imma juga merupakan seroang petani dan berasal dari Kampung Waempubbu menerima wang hantaran sebanyak 8 juta rupiah (RM2,282) dan cincin emas seberat satu gram.

Menurut anak lelaki itu, Suriadi, perkahwinan mereka berdua bermula daripada pertemuan yang diaturkan oleh ahli keluarga masing-masing.

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya