Darah biawak air boleh rawat Covid-19? - Utusan Malaysia

Darah biawak air boleh rawat Covid-19?

DARAH biawak air didakwa mampu mencegah kanser dan jangkitan virus termasuk Covid-19. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Kumpulan pengkaji di sebuah universiti mendakwa darah biawak air mengandungi bahan yang boleh mencegah kanser, bakteria dan kemungkinan virus Covid-19.

Prof. Jitkamol Thanasak dari Fakulti Perubatan Veterinar, Universiti Mahidol berkata, kumpulan pengkaji itu akan meneliti rahsia sistem imun biawak air yang kuat sehingga membolehkannya hidup dalam air tercemar serta makan bangkai.

Katanya, kumpulan pengkaji itu juga sudah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk mengambil sampel darah biawak air untuk diselidik.

“Sampel darah itu digunakan untuk mengkaji ciri-ciri protein yang membentuk sistem imun biawak air.

“Pengkaji mendapati protein berkenaan boleh membunuh sel kanser, bakteria dan mungkin berupaya mencegah jangkitan virus termasuk Covid-19,” katanya kepada Nation Thailand.

Kumpulan pengkaji itu bercadang untuk mematenkan kajian tersebut selepas penyelidikan rapi dilakukan.

Mereka dijangka menyelesaikan kajian awal itu menjelang penghujung tahun ini sebelum digunakan untuk menguji tahap keberkesanan menentang influenza dan Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya