ARKANSAS: Seorang banduan yang dihukum mati empat tahun lalu sepatutnya dibebaskan selepas bukti ujian asid deoksiribonukleik (DNA) menunjukkan dirinya tidak bersalah.
Ledell Lee, 51, menerima suntikan maut pada 20 April 2017 selepas diarahkan oleh pihak berkuasa Arkansas berhubung kesalahan membunuh Debra Reese, 26, pada 1993.
Lee tetap membuktikan dirinya tidak bersalah sejak ditangkap dan berjuang selama 12 tahun bagi membersihkan namanya serta memohon kepada pihak hakim untuk menguji DNA yang terdapat pada kasutnya.
Malangnya permohonan Lee ditolak kerana mengambil masa terlalu lama untuk meminta ujian itu dan hukuman terhadapnya berjalan seperti dijadualkan.
Keluarganya tidak jemu berusaha bagi membuktikan Lee tidak bersalah dan tahun lalu, saudaranya mengemukakan tuntutan terhadap negeri tersebut bagi melakukan ujian DNA.
Makmal Jenayah Negeri Arkansas mengeluarkan keputusan ujian tersebut minggu lalu yang mengesahkan DNA Lee tidak ditemui pada senjata pembunuhan itu.
Sebaliknya, DNA lelaki lain ditemukan pada senjata tersebut termasuk di atas baju yang dibalut pada senjata. – AGENSI