Culik anak majikan sendiri - Utusan Malaysia

Culik anak majikan sendiri

BAYI berusia 10 bulan yang dilarikan pembantu rumah sendiri di Indramaya. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang pembantu rumah dari Indramayu ditahan pihak polis selepas didakwa melarikan bayi berusia 10 bulan milik majikannya yang merupakan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) Kodam Jaya. 

Lapor Kompas.com, suspek melarikan bayi itu Jumaat lalu dan dua jam selepas kejadian, wanita tersebut berjaya diberkas polis di rumahnya di Kampung Agung Kedokan. 

Ketua Polis Indramayu, Hafidh S Herlambang berkata, pihaknya tidak menemukan bayi itu semasa mengunjungi rumah suspek. 

“Ketika disoal siasat, bayi itu ditinggalkan di rumah ibu saudaranya di Kampung Kaplongan Lor. 

“Selepas menerima maklumat itu, anggota TNI sambil ditemani ahli keluarganya bergegas mendapatkan bayi mereka,” jelasnya. 

Menurut Hafidh, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi mengenal pasti motif penculikan itu. 

Katanya, suspek akan menjalani pemeriksaan kesihatan mental bagi mengetahui keadaan dirinya. 

Difahamkan, wanita itu mempunyai dua anak dan salah seorang daripadanya meninggal dunia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya