COLOMBO: Kerajaan Sri Lanka mengenakan sekatan terhadap semua individu dari India yang berhasrat memasuki negara tersebut.
Sekatan itu berkuat kuasa serta merta disebabkan lonjakan kes Covid-19 yang dicatatkan di negara jirannya.
Sebelum ini, beberapa negara antaranya United Kingdom (UK), Emiriah Arab Bersatu (UAE), Australia dan Singapura mengenakan larangan demikian terhadap pengembara dari India.
India hari ini melaporkan sebanyak 412,262 kes baharu Covid-19 dan 3,980 kes kematian dalam tempoh 24 jam.
India juga pernah menjadi negara pertama di dunia yang melaporkan jumlah kes harian tertinggi iaitu lebih 400,000 kes baharu dalam tempoh 24 jam pada 30 April lalu. – AGENSI