Covid-19: Lebih sejuta orang maut di Amerika Latin - Utusan Malaysia

Covid-19: Lebih sejuta orang maut di Amerika Latin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL: Angka kematian akibat pandemik Covid-19 di negara Amerika latin dan kepulauan Caribbean sudah melepasi sejuta orang.

Lapor Reuters, kes kematian itu berlaku dari Bolivia sehingga ke bandar Sao Paulo di Brazil dan wabak yang merebak pantas ke seluruh negara melumpuhkan sistem penjagaan kesihatan yang dilanda kekurangan dana.

Di Peru, antara negara yang paling terjejas teruk akibat virus itu menyaksikan pesakit mati di kawasan koridor hospital yang sesak di ibu negaranya, Lima.

Di kawasan terpencil di hutan Amazon, Brazil, kebanyakan penduduk di bandar Manaus maut di rumah mereka sendiri kerana ketiadaan bekalan oksigen bagi menggantikan paru-paru yang rosak selepas bekalan itu kehabisan tahun ini.

Amerika Selatan adalah negara yang menyaksikan penularan jangkitan wabak baharu dan meningkat secara mendadak selain India yang turut bergelumang dengan kes yang semakin memburuk.

Secara purata pada Mei lalu, sebanyak 31 peratus kes kematian akibat Covid-19 di dunia berlaku di negara Amerika Latin dan kepulauan Caribbean.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya