THIRUVANANTHAPURAM: Kerala akan melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya bermula Sabtu ini susulan peningkatan kes Covid-19 akibat gelombang kedua pandemik yang melanda India.
Perintah berkurung itu akan berkuat kuasa pada 8 Mei hingga 16 Mei depan.
Keputusan itu diumumkan sehari selepas negeri tersebut melaporkan kes harian tertinggi iaitu sebanyak 41,953 kes.
Sebelum ini, kerajaan Kerala melaksanakan beberapa sekatan ketat antaranya menghalang perjalanan yang tidak penting perjalanan dan membenarkan pekerja bekerja dari rumah.
Bagaimanapun, pakar kesihatan mengesyorkan kerajaan Kerala untuk melaksanakan perintah berkurung sepenuhnya kerana pendekatan semasa gagal mengurangkan lonjakan kes Covid-19.
Ketika ini, Kerala merekodkan lebih 375,000 kes jangkitan Covid-19.
Kerala berada dalam senarai tiga negeri teratas yang menjadi penyumbang kepada peningkatan kes Covid-19 di India. – AGENSI