Covid-19: Indonesia sedia lanjut perintah sekatan mikro - Utusan Malaysia

Covid-19: Indonesia sedia lanjut perintah sekatan mikro

AIRLANGGA HARTARTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan Indonesia bersedia melanjutkan pelaksanaan perintah sekatan (PPKM) mikro bagi menangani ancaman Covid-19.

Keputusan itu dibuat selepas Malaysia dan Singapura melaksanakan perintah kawalan pergerakan secara menyeluruh selepas kes jangkitan Covid-19 di kedua-dua negara berkenaan meningkat drastik.

Ketua Suruhanjaya Pencegahan Covid-19 dan Pemulihan Ekonomi Nasional, Airlangga Hartarto berkata, sebanyak empat wilayah baharu akan dikenakan PPKM mikro.

“Tambahan itu menjadikan seluruh wilayah di Indonesia bakal melaksanakan PPKM berskala mikro.

“Sama seperti Malaysia dan Singapura, PPKM mikro hanya membenarkan sektor keperluan penting untuk beroperasi,” katanya kepada CNN Indonesia.

Selain itu, Airlangga menjelaskan PPKM mikro akan dilaksanakan mengikut keadaan di sesebuah wilayah berdasarkan status Covid-19.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya