Covid-19: India catat lebih 400,000 kes baharu - Utusan Malaysia

Covid-19: India catat lebih 400,000 kes baharu

PENDUDUK beratur di luar sebuah dispensari kerajaan di Chennai untuk mendapatkan ubat antiviral, Remdesivir di tengah pandemik Covid-19 melanda India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India buat pertama kali merekodkan lebih 400,000 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam.

India sekali gus muncul sebagai negara pertama yang melaporkan jumlah kes harian tertinggi semasa pandemik Covid-19.

Berdasarkan Kementerian Kesihatan, sebanyak 401,993 kes jangkitan baharu dilaporkan yang membawa jumlah keseluruhan kepada 19.1 juta kes.

Sebanyak 3,523 kes kematian akibat wabak Covid-19 dicatatkan sehingga angka keseluruhannya mencecah 211,853 kes.

Ramai pakar mengesyaki jumlah sebenar kes Covid-19 di India adalah lebih tinggi disebabkan kekurangan ujian saringan dan rekod data punca kematian yang tidak tepat.

Pada awal tahun ini, pihak berkuasa India melonggarkan sekatan selepas jangkitan kes dilaporkan menurun dibawah 10,000 kes setiap hari. – AFP/AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya