Covid-19: Angka korban sebenar lagi tinggi - Utusan Malaysia

Covid-19: Angka korban sebenar lagi tinggi

AHLI keluarga memakai baju perlindungan diri (PPE) melakukan solat jenazah sebelum mengebumikan pesakit Covid-19 yang meninggal dunia di New Delhi, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pandemik Covid-19 menyebabkan hampir 6.9 juta kematian di seluruh dunia dan angka itu lebih dua kali ganda lebih tinggi daripada data rasmi yang direkodkan.

Perkara itu didedahkan menerusi satu analisis baharu yang dilakukan oleh Institut Kesihatan Metrik dan Penilaian (IHME) di Universiti Washington.

Laporan itu mendedahkan banyak kematian tidak dilaporkan memandangkan kebanyakan negara hanya merekodkan kematian yang berlaku di hospital atau pesakit yang disahkan meninggal akibat Covid-19.

Laporan terkini menganggarkan lebih 155 juta jangkitan di seluruh dunia dengan sekurang-kurangnya 3.25 juta kematian, menurut data yang dikeluarkan oleh Universiti Johns Hopkins.

Jelas IHME, kadar kematian Covid-19 dipengaruhi oleh tahap ujian saringan koronavirus yang dilakukan oleh sesebuah negara.

Pengarah IHME, Christopher Murray berkata, jika negara tidak melakukan ujian saringan secara meluas, kematian akibat Covid-19 akan menjadi sukar untuk direkodkan.

Katanya, IHME menganggarkan jumlah kematian Covid-19 dengan membandingkan kematian akibat semua sebab berdasarkan kecenderungan sebelum pandemik dengan jumlah sebenar ketika pandemik berlaku.

“Di Amerika Syarikat (AS), analisis IHME menjangkakan angka kematian adalah lebih 905,000, namun Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) merekodkan 575,491 kematian akibat Covid-19.

“Laporan kematian di kebanyakan negara hanya melibatkan kes Covid-19, bukannya berpunca daripada masalah akibat pandemik tersebut yang menjejaskan sistem kesihatan serta komuniti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya