BEIJING: China akan mengurangkan penghantaran kandungan farmaseutikal bagi penghasilan vaksin Covid-19 ke institut bioperubatan Butantan, Brazil, minggu hadapan.
Lapor Reuters, kandungan itu akan dikurangkan dari 4,000 ke 3,000 liter.
Gabenor Sao Paulo, Joao Doria berkata, penghantaran yang dijadualkan pada 26 Mei depan hanya menyebabkan lima juta suntikan dos vaksin Coronavac berbanding tujuh duta pada awalnya.
Butantan menghasilkan vaksin Coronavac dengan vaksin Sinovac dari China.
Brazil menduduki carta ketiga negara paling banyak merekodkan kes jangkitan dan penularan wabak Covid-19 dengan jumlah keseluruhan kes sebanyak 15.7 juta dengan 437,000 bilangan kematian.