China benarkan pasangan miliki tiga anak - Utusan Malaysia

China benarkan pasangan miliki tiga anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: China kini membenarkan pasangan berkahwin untuk mempunyai tiga anak, sekali gus dilihat melonggarkan dasar perancangan keluarga ketat yang dilaksanakan di negara itu.

Media tempatan Xinhua melaporkan langkah itu dilakukan selepas bancian menunjukkan masyarakat China semakin berusia.

“Bagi menangani kebimbangan masyarakat negara ini yang semakin berusia, pasangan boleh memiliki tiga anak,” jelas laporan Xinhua dengan memetik mesyuarat jawatankuasa kepimpinan Politburo dipengerusikan Presiden Xi Jinping.

China memperkenalkan dasar satu anak pada akhir 1970an dalam usaha memperlambatkan pertumbuhan penduduk.

Dasar itu kemudian dinilai semula pada 2016 susulan kebimbangan peningkatan jumlah warga tua, tenaga kerja yang semakin susut dan kemerosotan ekonomi. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya