China bakal hantar tiga angkasawan ke Tianhe - Utusan Malaysia

China bakal hantar tiga angkasawan ke Tianhe

ROKET Long March 7 yang membawa kapal angkasa kargo Tianzhou-2 berlepas dari Tapak Pelancaran Angkasa Lepas Wenchang, di wilayah Hainan, China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Sebanyak tiga angkasawan bakal mengikuti misi tiga bulan ke stesen angkasa lepas baharu yang dibangunkan oleh China.

Perkara itu didedahkan oleh Timbalan Ketua Perancang Program Angkasa Lepas China, Yang Liwei dalam satu temubual bersama stesen tempatan, CCTV baru-baru ini.

Pengumuman itu dibuat selepas sebuah kapal angkasa yang membawa bekalan minyak dan keperluan untuk stesen Tianhe dilancarkan.

Dalam tembual tersebut, Liwei memaklumkan kapsul Shenzhou 12 yang membawa tiga kru angkasawan akan dilancarkan dari pangkalan Jiuquan di barat laut China pada bulan ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan identiti angkawasan mahupun tarikh misi tersebut.    

Menurut Liwei, kru tersebut akan dipilih daripada dua kumpulan angkasawan program terawal. 

 Liwei juga mengesahkan kapsul Shenzhou 12 yang membawa tiga kru angkasawan tidak akan melibatkan golongan wanita.

“Pada Shenzhou 12 tiada wanita terlibat, tetapi misi selepas itu, kita akan ada golongan itu,” kata Liwei yang juga merupakan angkasawan pertama China di orbit. 

Semalam, kapal angkasa Tianzhou-2 yang membawa kelengkapan dan bekalan berlabuh di stesen angkasa baharu, Tianhe.  

Kapal angkasa Tianzhou-2 tiba di stesen Tianhe lapan jam sejurus berlepas dari tapak pelepasan Wenchang di Hainan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya