LONDON: Putera Charles terpaksa menanggung rindu kerana hanya berpeluang bertemu cucu lelakinya, Archie sebanyak dua kali.
Malah, beliau tidak mempunyai gambar terkini untuk mengucapkan ulang tahun kelahiran cucunya sehingga terpaksa menggunakan gambar lama semasa Archie baru dilahirkan.
Daily Mail melaporkan, Archie yang kini semakin biasa bertutur dalam dialek Amerika selepas ibu bapanya, Putera Harry dan Meghan Markle membuat keputusan berhijrah ke California selepas meletakkan jawatan sebagai kerabat diraja England.
Malah, boleh dibilang dengan jari pertemuan Putera William dan Kate dengan anak saudara mereka sendiri.
Difahamkan, Archie hanya bertemu sekali dengan sepupunya, Putera George, 7, dan Puteri Charlotte, 6, serta Putera Louis, 3.
Menurut sumber, Charles hanya bertemu dengan cucunya sebanyak dua kali sejak dilahirkan.
Bagaimanapun, sumber itu berkata, tiada sesiapa yang patut dipersalahkan ekoran kelemahan hubungan keluarga diraja itu.
Sudah menjadi tradisi dalam kerabat diraja untuk menyiarkan gambar terkini anak mereka semasa menyambut ulang tahun kelahiran seperti dilakukan oleh Duke dan Duchess of Cambridge minggu lalu semasa Charlotte mencecah usia enam tahun.