Charles Grodin meninggal dunia kerana kanser - Utusan Malaysia

Charles Grodin meninggal dunia kerana kanser

CHARLES GRODIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pelakon veteran Amerika Syarikat (AS), Charles Grodin meninggal dunia semasa berusia 86 tahun di kediamannya di Winton, Connecticut.

New York Times melaporkan, anaknya, Grodin berkata, punca kematian ayahnya disebabkan kanser sumsum tulang.

Grodin merupakan pelakon versatil dan berbakat besar pernah membintangi filem The Heartbreak Kid, Midnight Run, Bethoven serta membuat kemunculan dalam pelbagai program televisyen.

Mendiang turut mempunyai rancangan bual bicara sendiri sekitar tahun 1990an dan kerap diundang sebagai tetamu jemputan dalam program bual bicara.

Antaranya, beliau pernah muncul sebanyak 36 kali dalam The Tonight Show Starring Johny Carson serta 40 kali kemunculan dalam David Letterman NBC.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya