LONDON: Britain akan membuat pengumuman untuk melonggarkan beberapa sekatan kawalan Covid-19 bagi membuka semula sektor ekonomi serta mengikut jejak langkah beberapa negara Eropah.
Perdana Menterinya, Boris Johnson dijangka membuat pengumuman baharu berkuatkuasa 17 Mei depan dalam sidang akhbar hari ini termasuk kebenaran makan di dalam restoran dan pub.
Pawagam turut dijangka dibuka semula termasuk dewan besar tertutup selepas pihak kerajaan mengadakan beberapa acara seperti konsert rock bagi menguji langkah kawalan keselamatan.
Virus Covid-19 sudah menyerang 3.3 juta penduduk di seluruh dunia dan Britain merekodkan kes kematian paling tinggi di Eropah.
Namun, negara itu yakin mampu meredakan kadar jangkitan wabak menerusi kejayaan program vaksinasi.