Bot karam di Nigeria, puluhan dikhuatiri maut - Utusan Malaysia

Bot karam di Nigeria, puluhan dikhuatiri maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ABUJA: Puluhan orang dikhuatiri maut selepas sebuah bot yang membawa kira-kira 200 penumpang terbelah dua dan karam di perairan Nigeria.

Lapor BBC, pihak berkuasa berkata kebanyakan penumpang bot itu merupakan wanita dan kanak-kanak.

Dilaporkan, bot itu dalam perjalanan dari Niger ke barat laut wilayah Kebbi.

Menurut seorang mangsa, kira-kira 40 orang berjaya diselamatkan.

Namun, tiada kemungkinan banyak mangsa terselamat akan ditemui.

Pihak berkuasa memaklumkan pasukan penyelamat dan penyelam giat melaksanakan operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang.

Dilaporkan, sebanyak lima mayat mangsa ditemukan.

“Beberapa lagi mayat ditemukan. Kami tidak dapat memberikan angka yang tepat buat masa ini,” kata seorang jurucakap bagi Gabenor Kebbi, Yahaya kepada Reuters.

Ketua pentadbir daerah Ngaski, Abdullahi Buhari Wara memberitahu AFP beliau mendakwa kemalangan itu berpunca lebihan muatan kerana bot tersebut hanya boleh membawa kurang daripada 80 penumpang.

Katanya, bot itu juga dimuatkan dengan beberapa beg pasir dari sebuah lombong emas.

Seorang penduduk dari pekan berhampiran Wara, Qasimu Umar Wara berkata, lima mayat mangsa ditemukan.

Katanya, bot tersebut membawa lebihan muatan.

“Abang saya antara penumpang yang hilang. Ini merupakan kemalangan kapal paling buruk yang berlaku di perairan ini,” katanya.

Insiden nahas bot kerap berlaku di sepanjang Sungai Niger disebabkan lebihan muatan penumpang dan melanggar tunggul kayu di sungai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya