PARIS: Sebuah bongkah ais yang dikatakan terbesar di dunia sudah terpisah daripada Antartika dan kini terapung di Laut Weddell, kata Agensi Angkasa Eropah (ESA).
Digelar sebagai A-76 dan berbentuk seperti Manhattan tetapi lebih 70 kali lebih besar dan gambarnya telah dirakam oleh satelit ESA pada Rabu.
Panjang bongkah air itu ialah 170 kilometer dan lebar 25 kilometer, dengan luas 4.320 kilometer persegi, besar sedikit daripada pulau Majorca di Sepanyol.
Bongkah yang terpisah daripada barat Ronne, pada mulanya dilihat oleh Kajian Antartika Britain dan disahkan menggunakan gambar dari satelit Copernicus.
Bongkah itu mengambil alih tempat bongkah ais yang terbesar sebelum ini iaitu A-23A – berukuran kira-kira 3.880 km persegi – yang juga terdapat di Laut Weddell.
Pada bulan November tahun lalu, ketika itu bongkah ais terbesar di dunia telah bertembung dengan pulau Atlantik Selatan menyebabkan ribuan penguin dan anjing laut terperangkap.