Boeing diarah periksa pesawat 737 versi lama - Utusan Malaysia

Boeing diarah periksa pesawat 737 versi lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pengawal selia penerbangan Amerika Syarikat (AS) mengarahkan Boeing melakukan pemeriksaan terhadap pesawat jenis 737 keluaran versi lama.

Arahan itu susulan insiden sebuah pesawat terhempas dan mengorbankan 62 orang termasuk di Indonesia pada Januari lalu.

Berdasarkan dokumen dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) yang dilihat oleh AFP, pesawat Boeing jenis 737-300, 737-400 dan 737-500 harus diperiksa.

Jelas FAA, ia membabitkan sejumlah 143 pesawat.

Menurut dokumen tersebut, kegagalan pada flap synchro wire yang tidak dikesan oleh sistem kawalan kuasa automatik (autothrottle) boleh menyebabkan pesawat itu hilang kawalan.

“Data awal siasatan pesawat yang masih berterusan menunjukkan kejadian itu kemungkinan disebabkan oleh kegagalan pada laten flap synchro wire,” jelas FAA.

Menurut FAA, pemeriksaan itu amat perlu bagi menangani keadaan tidak selamat yang dikenal pasti di pesawat yang dibina pada 1980 dan 1990.

Dilaporkan, model pesawat 737 yang lebih moden termasuk jenis 737 MAX tidak tertakluk dibawah arahan pemeriksaan itu.

Boeing 737 MAX sebelum ini digantung operasi selepas terbabit dalam dua kemalangan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya