Bintang filem tarzan, isteri maut nahas pesawat terhempas - Utusan Malaysia

Bintang filem tarzan, isteri maut nahas pesawat terhempas

JOE LARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Kesemua tujuh penumpang sebuah pesawat, termasuk pelakon filem Tarzan, Joe Lara dan isterinya dianggap terkorban selepas kapal terbang tersebut terhempas ke dalam tasik berhampiran bandar Nashville.

Pesawat ringan itu dilaporkan terhempas pada pukul 11 pagi waktu tempatan kelmarin, sejurus berlepas dari Smyrna, Tennessee menuju ke Palm Beach, Florida, kelmarin

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Ritherford (RCFR), kapal terbang itu terhempas ke dalam Tasik Percy Priest, kira-kira 19 kilometer ke selatan Nashville.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mengesahkan seramai tujuh penumpang menaiki pesawat tersebut ketika insiden berlaku.

Sehingga semalam, operasi mencari serta menyelamat (SAR) bertukar kepada pencarian mayat kesemua mangsa.

Jurucakap RCFR, Joshua Sanders berkata, pihaknya akan berusaha mencari semua mayat penumpang serta barangan milik mereka.

“Semalam, kami sudah menemukan beberapa komponen pesawat termasuk cebisan badan manusia,” katanya.

Lara memegang watak Tarzan ketika membintangi filem ‘Tarzan in Manhattan’ pada 1989. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya