Bina jejantas untuk anak lintas ke sekolah - Utusan Malaysia

Bina jejantas untuk anak lintas ke sekolah

MENG membelanjakan lebih AS$154,000 untuk membina dua jejantas pejalan kaki di hadapan sekolah anak lelakinya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seorang wanita dari wilayah Henan, China membelanjakan lebih AS$154,000 (RM634,82) untuk membina dua jejantas pejalan kaki di hadapan sekolah anak lelakinya.

Lapor Oddity Central, wanita yang dikenali sebagai Meng berbuat demikian bagi memastikan anaknya dan kanak-kanak lain dapat melintas jalan dengan selamat.

Meng memberitahu Stesen Televisyen Henan, keadaan jalan raya di luar sekolah anaknya kerap kali mengalami kesesakan ketika ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka.

“Malah, tiada lampu isyarat dipasang di kawasan berhampiran sekolah itu. Jadi, amat bahaya untuk para pelajar dan guru melintas jalan,” katanya.

Jelas Meng, antara sebab lain dia menggunakan wang sendiri untuk membina jejantas itu kerana lopak air sentiasa terbentuk di luar jalan sekolah itu menyebabkan kaki anaknya basah kuyup hampir setiap hari ketika pulang ke rumah.          

“Lopak air yang terbentuk agak dalam dan menyukarkan para pelajar melintas jalan, termasuk anak saya,” katanya.

Dilaporkan, sebuah jejantas sudah hampir selesai dibina dan satu lagi dalam peringkat permulaan. 

Kedua-dua jejantas itu mendapat kelulusan pihak berkuasa tempatan dan menarik perhatian ramai pihak dengan rata-ratanya memuji wanita tersebut.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya