Biden tingkat kuota kemasukan pelarian ke AS - Utusan Malaysia

Biden tingkat kuota kemasukan pelarian ke AS

JOE BIDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bakal meningkatkan lagi jumlah kemasukan pendatang ke negara ini pada tahun ini biarpun menerima kritikan hebat sebelum itu.

Biden semalam mengumumkan beliau akan meningkatkan jumlah kemasukan pendatang ke negara ini ke peringkat maksimum iaitu 62,500 orang, bertambah 15,000 daripada pentadbiran Donald Trump sebelum ini.

“Keputusan ini secara tidak langsung membuka lebih banyak peluang kepada golongan pendatang untuk memulakan kehidupan yang lebih baik di AS.

“Itu juga menunjukkan AS sentiasa menyokong dan mengalu-alukan kedatangan pendatang,” katanya dalam satu kenyataan.

Selain itu, keputusan Biden turut mendapat sokongan daripada Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Senat yang dikawal oleh Parti Demokrat.

Pengerusi jawatankuasa tersebut, Senator Bob Menendez berkata, tindakan yang diambil oleh Biden merupakan langkah tepat dalam mendukung aspirasi AS yang sentiasa menawarkan perlindungan kepada golongan pelarian.

“Ini merupakan langkah penting untuk meneruskan kebanggaan AS iaitu terus membantu golongan pelarian menerusi sistem penempatan yang teratur,” ujarnya. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya