Biden, Putin adakah pertemuan 16 Jun depan - Utusan Malaysia

Biden, Putin adakah pertemuan 16 Jun depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin di Geneva, 16 Jun depan.

White House dan Kremlin menjelaskan pertemuan itu diadakan susulan ketegangan melibatkan campur tangan pilihan raya, serangan siber, hak asasi manusia dan isu Ukraine.

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki berkata, kedua-dua pemimpin itu akan membincangkan secara mendalam mengenai isu yang semakin tegang, kerana pihaknya mahu memastikan kestabilan hubungan dua hala AS-Rusia.

Kremlin dalam kenyataan berkata, pemimpin itu akan membincangkan hubungan bilateral, masalah berkaitan kestabilan nuklear strategik serta isu lain termasuk kerjasama membendung penularan wabak Covid-19 dan konflik serantau.

Biden sebelum ini mahu Putin menghentikan cubaan mempengaruhi pilihan raya AS, serangan siber terhadap rangkaian AS dari Rusia, ancaman kedaulatan Ukraine serta membebaskan pengkritik Kremlin, Alexei Navalny.

Rusia juga menzahirkan kekecewaan dengan sekatan AS termasuk yang diumumkan 15 April lalu merangkumi pengekangan pasaran hutang Rusia untuk menghukum Moscow kerana campur tangan dalam pilihan raya AS 2020, penggodaman siber, penindasan Ukraine dan tindakan jahat lain yang dinafikan oleh negara itu. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya