JAKARTA: Seorang pencuri yang ditahan polis di Mataram mempunyai cara tersendiri untuk melakukan kegiatan jahatnya.
Berdasarkan pengakuannya kepada polis, pencuri yang dikenali dengan nama Pance itu akan memberi salam terlebih dahulu.
“Assalammualaikum..jika tuan rumah menjawab salam tersebut, saya tahu rumah itu ada orang dan akan cari sasaran lain.
“Jika tidak berjawab, saya akan pastikan rumah itu benar-benar kosong sebelum pecah masuk dan mencuri barangan berharga,” katanya kepada Kompas.com.
Dalam pada itu, jurucakap polis Mataram, Kadek Adi Budi Astawa berkata, selepas mencuri, tertuduh akan menjual semua barangan tersebut dan duitnya digunakan untuk beli minuman beralkohol dan dadah.
Katanya, tertuduh sudah beberapa kali memecah masuk rumah penduduk sekitar menggunakan modus operandi tersebut.
Jika disabit kesalahan, Pance akan dipenjara selama lima tahun.