Belloni, wanita pertama ketuai perisikan Itali - Utusan Malaysia

Belloni, wanita pertama ketuai perisikan Itali

ELISABETH BELLONI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROM: Itali buat pertama kali melantik seorang wanita, Elisabetta Belloni untuk mengetuai perkhidmatan perisikan negara itu.

Perdana Menteri Mario Draghi dalam kenyataan mengumumkan pelantikan Belloni sebagai Ketua Pengarah Jabatan Perisikan Keselamatan (DIS) Itali.

Jelasnya, Belloni yang merupakan bekas duta, akan melaporkan terus kepada Kabinet.

Belloni, 62, turut merupakan wanita pertama memegang jawatan penting dalam kementerian luar.

DIS antara lain menguruskan isu perisikan dan keselamatan dalam dan luar negara serta mengekang pengintipan dan keselamatan siber.

Belloni menjadi terkenal selepas mengetuai unit krisis kementerian luar antara tahun 2004 dan 2008.

Beliau juga pernah memikul tanggungjawab menjalankan beberapa operasi melibatkan warga Itali yang cedera atau maut di luar negara sama ada diserang atau terlibat dalam bencana alam.

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut.

Antara kes berprofil tinggi yang pernah diuruskan Belloni adalah pembebasan wakil koresponden La Republica, Daniele Mastrogiacomo yang diculik di Afghanistan.

Belloni juga mengendalikan operasi mencari warga Itali dalam tragedi tsunami di Thailad.

Dilahirkan pada tahun 1958 di Rom, Belloni mula bekerja dengan kementerian luar pada 1985 dan pernah berkhidmat di Vienna dan Bratislava, ibu negara Slovakia.

Jawatan terakhir Belloni adalah ketua setiausaha kementerian luar Itali.

Belloni juga merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya