Bella Hadid sertai protes kutuk Israel - Utusan Malaysia

Bella Hadid sertai protes kutuk Israel

BELLA Hadid berkongsi gambarnya ketika menyertai protes mengutuk Israel di New York, Amerika Syarikat menerusi akaun Instagram. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Beratus ribu penduduk penduduk di seluruh dunia turun padang bagi menunjukkan solidariti buat penduduk Palestin.

Turut tidak ketinggalan, model terkenal kelahiran Palestin, Bella Hadid yang menyertai demonstrasi mengutuk serangan Israel terhadap Semenanjung Gaza di New York, Amerika Syarikat (AS).

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi akaun Instagram, model itu dilihat memakai skaf dan memegang bendera Palestin.

“Ini adalah apa yang saya rasakan, dapat bergaul, bertemu dengan rakyat Palestin yang baik dan saling menghormati adalah perasaan yang sangat hebat. Kami adalah generasi Palestin yang luar biasa!

“Palestin akan terus bebas dan keturunan Palestin adalah benar,” tulisnya dalam Instagram.

Hadid merupakan antara selebriti antarabangsa yang lantang mengutuk tindakan kejam Zionis terhadap penduduk Palestin. – AGENSI

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya