Belarus salahkan Hamas - Utusan Malaysia

Belarus salahkan Hamas

PESAWAT Ryanair dilencongkan ke Minsk sehingga mencetuskan kemarahan komuniti antarabangsa. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Belarus mendakwa ancaman bom palsu yang diterima negara itu sehingga terpaksa melencongkan sebuah pesawat Ryanair yang dalam penerbangan dari Greece ke Lithuania dilakukan oleh Hamas.

Lapor Arab News, dakwaan itu dibuat berdasarkan pendedahan teks ancaman bom tersebut oleh pihak berkuasa Belarus.

Di Minsk, jurucakap dari Kementerian Luar menegaskan Belarus bertindak selaras dengan peraturan antarabangsa.

Seorang pegawai kanan Kementerian Pengangkutan turut membacakan teks ancaman bom berkenaan.

“Kami dari gerakan Hamas menuntut Israel melaksanakan gencatan senjata di Semenanjung Gaza. Kami juga mendesak Kesatuan Eropah (EU) menarik balik sokongannya terhadap Zionis dalam pertempuran ini.

“Ada bom dalam pesawat itu dan sekiranya anda tidak menunaikan tuntutan kami, bom itu akan meletup di Vilnius,” menurut teks tersebut.

Beberapa negara barat turut menyatakan tindakan keterlaluan Belarus yang memaksa pesawat yang dinaiki seorang wartawan pro pembangkang mendarat di Minsk, sebagai menyalahi undang-undang.  

Bekas editor kumpulan Nexta, Roman Protasevich, 26, ditahan sebelum pesawat Ryanair yang membawa seramai 171 penumpang itu dibenarkan meneruskan perjalanan semula. 

Dalam pada itu, jurucakap Hamas, Fawzi Barhoum menafikan dakwaan yang dilemparkan oleh Belarus.

“Kami tidak pernah bertindak demikian. Itu mungkin dilakukan oleh pihak yang mahu memfitnah Hamas dan menjejaskan simpati dunia terhadap rakyat Palestin,” katanya.    

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya